Showing posts with label Campus Life. Show all posts
Showing posts with label Campus Life. Show all posts

Wednesday, 11 May 2011

Nak cerita sikit.

Assalamualaikum.

Sekali post, sampai dua entry. Selagi ada cerita yang hendak dikongsi, selagi tuh blog ini tak lekang dek panas tak lapuk di hujan. Kihkih. Setiap entry yang ditaip untuk bahan bacaan korang semua ada pelbagai rasa dalam sanubari. So, cerita kali ini adalah pasal BLACKOUT. 



Bila BLACKOUT, aktiviti yang akan dilakukan penghuni asrama ialah ;

  • semua akan keluar meninjau keadaan dan harap dapat tolong apa yang patut
  • ada yang jerit ada yang hairan ada yang buat bodoh
  • semua penghuni cemas!
  • semua tertanya-tanya sebab terjadinya blackout dan buat research kejap
  • berharap ada hero/heroin yang datang menyelamatkan keadaan
Satu peristiwa yang tidak mahu terlintas dalam kepala penghuni asrama adalah keadaan ini. "Susah ah nak online macam neh, aku lupa nak charge battery laptop, handphone pon mati, acaaneee neh? Tidur jer lah kalu camni! Grr!"

Itu antara dialog yang kerap kali kita dengar apabila BLACKOUT. Bila duduk kat asrama macam neh, kita mestilah mempunyai niat yang suci lagi murni nak menolong apa yang patut untuk menenangkan keadaan yang huru-hara neh. BLACKOUT neh terjadi apabila terdapat sesetengah penghuni asrama yang menggunakan periuk untuk memasak dan sebagainya. Haa, siapa itu? Apa pon tak boleh bila duduk asrama. Penggunaan elektrik dihadkan untuk kebaikan bersama. Ceyhh. 

Apabila keadaan berlarutan selama beberapa minit, seorang HEROIN telah datang menyelamatkan kepanasan yang teramat sangat. Beliau periksa, beliau meninjau keadaan, beliau bertanya tentang keadaan, beliau membuat research dan akhirnya beliau menemui jalan penyelesaian! Terima kasih, my HEROIN! Jasamu dikenang! 

Persoalan sekarang :
  1. Siapakah penghuni asrama yang telah menggunakan periuk lantas menyebabkan lebihan penggunaan elektrik? 
  2. Siapakah HEROIN yang datang menyelamatkan keadaan?

SuperHeroin Rabbit!
p/s : penghuni yang memasak dan heroin adalah ORANG YANG SAMA! Hahaa. 

Wednesday, 4 May 2011

Blog Baru, Cerita Baru.

Assalamualaikum.

Bersawang sudah blog saya neh. Hehee. Maaf ye kawan-kawan. Cerita tersangat banyak nak di-update. Tapi memandangkan INTERNET tidak memenuhi keperluan dan kehendak buat masa kini, saya tangguhkanlah dulu cerita-cerita yang lama ataupun tak cerita langsung. Ehh ehh melampau!

Ohh gembiranyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

Okay, dimulakan dengan kegembiraan pertama!
  • FINAL EXAM SUDAH HABIS! Haruslah nak caps lock bagai macam kannn. Hehee! Alhamdulillah, syukur sangat-sangat semester keempat neh sudah berlalu. Tapi cuak jugak dan berdebar menunggu keputusan final exam neh. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita lahh yee. Harap apa yang bakal diperolehi sepadan dengan usaha dan tawakal yang telah dilakukan.

Diselitkan dengan kesedihan dalam 'kegembiraan'!
  • SEMESTER PENDEK SUDAH BERMULA! Adoooi! Cuti empat bulan yang telah diberikan oleh pihak yang berkenaan adalah sangat berbaloi yee. Kalau kerja dalam tempoh masa neh, masyuukkk! Tapi apakan daya, semester pendek dua bulan dan cuti dua bulan. "Alaaa, dua bulan jer pooonn" Yee, DUA BULAN JERR PONN. So, mari belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan A dalam kedua-dua subjek! Semangat!
Faham apa yang cuba disampaikan? LOL.


Disudahi dengan PENGUMUMAN.
ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA TELAH MEMBUKA AKAUN BLOG YANG BARU. BLOG INI ADALAH BERTUJUAN PENDIDIKAN DAN KHAS UNTUK SUBJEK YANG TELAH DIAMBIL UNTUK SEMESTER PENDEK KALI INI. TUJUAN BLOG INI DITUBUHKAN ADALAH UNTUK MENGARANG, MENCIPTA, MEMBAWA SERIBU ILHAM DAN SEBAGAINYA. BLOG BARU NEH MACAM KANAK-KANAK BARU BELAJAR BERBLOG =.=' *ahh sudah merapu meraban ye baiklah saya akan berhenti bersikap annoying T_T*


Okay, sekian. Bye! *Saya perlukan percutian. Ade siapa-siapa nak taja tak? Huahua*

Friday, 8 April 2011

Focus On The Moment.

Credit Picture from TUMBLR.












Assalamualaikum.

Why so serious on this topic? Bhahahahaa! Topik yang serius dalam mood yang habis serius neh. Sebenarnya, saya tengah fokus mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan sudah menghampiri. Lagi beberapa hari, jam, minit dan saat jer neh! Takutnye! Serius lah memang takut sungguh neh. Pejam celik pejam celik dah empat semester kat kampus tercinta neh. Dan masih tak percaya boleh belajar kat sini. Alhamdulillah :)

Syukur sangat-sangat dapat sambung pelajaran kat Universiti Kebangsaan Malaysia. Whoaa!  Percaya tak percaya tak? Hahaa. Ok2, serius balik yee. Subjek-subjek yang diambil untuk semester 4 ini ialah:
  • Statistik Dan Analisis Data 
  • Keusahawanan Komunikasi Maklumat
  • Pengaturcaraan Web
  • Pengantar Pendidikan Bersepadu
  • Perancangan Media
  • Pengajian Multimedia
  • Komers Dan Kerajaan Elektronik 
Banyak gilerrr tau tak? Arghh! 7 subjek kena fokus habis-habisan! Yelaa, semester kedua terakhir dan lepas neh tinggal satu semester untuk menggila dan semester yang paling dinantikan ialah semester untk praktikal! Macam mane agaknye nanti lepas dah habis belajar ek? Kahwinkah? Hikhikhik.

So, saya ucapkan pada siapa-siapa yang tengah final exam, nak final exam dan yang tengah tunggu dan menghitung hari untuk final exam, do the best, okay?

Picture from Mr Google