Monday, 9 May 2011

Bila sedih, dengar lagu ini.

Selamat Tinggal by Zizan feat Dina.

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini


Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai


Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal...

Thursday, 5 May 2011

Ayam Masak Merah.

Assalamualaikum.

Hari neh hari rajin meng-update blog. Bagi blog nampak berseri-seri dan korang-korang rajin menyinggah dan men-nuffnang saya. Hehee. Hari neh mak tak berapa nak sihat, tak berapa nak ade mood, tak berapa nak menyeri, tak berapa nak sedap cadangan lauk untuk makan tengah hari hari neh yee. Saya dengan penuh kerajinan dan menampakkan ciri-ciri anak mithali *ok sila muntah sekarang* akan mempersembahkan hidangan lauk saya yang tak seberapa ini. Ada seorang blogger telah berkata,"Singgah blog kamu pasti akan kenyang." Ok, saya mengaku T_T

Mari tahu apakah bahan-bahannya :

#ayam
#kunyit
#garam

Bahan-bahan kisar:

#bawang putih
#bawang merah
#serai
#halia

Bahan hiasan:

#daun sup


Cara-cara memasak AYAM MASAK MERAH:
  • Gaulkan ayam yang telah dipotong dan dibasuh dengan bersih dengan garam & kunyit. Gaul rata-rata supaya terasa keenakkannya pada masa hadapan. 
  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Masukkan ayam yang telah digaul dengan garam & kunyit tadi ke dalam minyak yang telah panas. Pastikan ayam tenggelam dalam minyak supaya ayam yang digoreng tadi masak secukupnya.
  • Goreng sehingga masak sepenuhnya dan tidak terlalu garing.

 Sementara menunggu ayam yang sedang masak dan menari-nari dalam kuali:

  •  Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng bahan kisar tadi.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan goreng sehingga naik bau atau nampak emas kekuningan *jangan sampai terhangit plak*
  • Selepas itu, masukkan cili blend yang di-blend sendiri ke dalam kuali tadi. Gaul bersama-sama dengan bahan kisar yang telah kekuningan. Biarkan selama beberapa ketika sehingga rata dan naik bau. 

     
    •  Ayam yang dimasak tadi pasti sudah boleh diangkat! *tetiba*
    • Bila dah cukup marvelous, masukkan sos cili dari apa-apa jenama, PASTI ENAK! Masukkan sos cili secukupnya mengikut kehendak pengguna.
    • Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.
    • Gaul dan ratakan sehingga sebati.
     
       
      • Masukkan ayam yang telah siap digoreng ke dalam sambalnya dan gaul sehingga rata.
      • Biarkan seketika selama beberapa minit untuk sambal menyerap ke dalam ayam dengan kuasa api yang perlahan.
       


        Okay! Sudah siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih yang masih hangat! Ayam masak merah tersebut boleh dihias dengan daun sup untuk rasa yang authentic! Hahaa.

        "Biar apa sekalipun perasaan yang kita alami, jangan biarkan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat tergendala begitu sahaja."

        Selamat mencuba! :D

        Wednesday, 4 May 2011

        Blog Baru, Cerita Baru.

        Assalamualaikum.

        Bersawang sudah blog saya neh. Hehee. Maaf ye kawan-kawan. Cerita tersangat banyak nak di-update. Tapi memandangkan INTERNET tidak memenuhi keperluan dan kehendak buat masa kini, saya tangguhkanlah dulu cerita-cerita yang lama ataupun tak cerita langsung. Ehh ehh melampau!

        Ohh gembiranyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

        Okay, dimulakan dengan kegembiraan pertama!
        • FINAL EXAM SUDAH HABIS! Haruslah nak caps lock bagai macam kannn. Hehee! Alhamdulillah, syukur sangat-sangat semester keempat neh sudah berlalu. Tapi cuak jugak dan berdebar menunggu keputusan final exam neh. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita lahh yee. Harap apa yang bakal diperolehi sepadan dengan usaha dan tawakal yang telah dilakukan.

        Diselitkan dengan kesedihan dalam 'kegembiraan'!
        • SEMESTER PENDEK SUDAH BERMULA! Adoooi! Cuti empat bulan yang telah diberikan oleh pihak yang berkenaan adalah sangat berbaloi yee. Kalau kerja dalam tempoh masa neh, masyuukkk! Tapi apakan daya, semester pendek dua bulan dan cuti dua bulan. "Alaaa, dua bulan jer pooonn" Yee, DUA BULAN JERR PONN. So, mari belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan A dalam kedua-dua subjek! Semangat!
        Faham apa yang cuba disampaikan? LOL.


        Disudahi dengan PENGUMUMAN.
        ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA TELAH MEMBUKA AKAUN BLOG YANG BARU. BLOG INI ADALAH BERTUJUAN PENDIDIKAN DAN KHAS UNTUK SUBJEK YANG TELAH DIAMBIL UNTUK SEMESTER PENDEK KALI INI. TUJUAN BLOG INI DITUBUHKAN ADALAH UNTUK MENGARANG, MENCIPTA, MEMBAWA SERIBU ILHAM DAN SEBAGAINYA. BLOG BARU NEH MACAM KANAK-KANAK BARU BELAJAR BERBLOG =.=' *ahh sudah merapu meraban ye baiklah saya akan berhenti bersikap annoying T_T*


        Okay, sekian. Bye! *Saya perlukan percutian. Ade siapa-siapa nak taja tak? Huahua*

        Wednesday, 27 April 2011

        Juadah HARI INI.

        Assalamualaikum.

        Wah, saya bersemangat! Saya bersemangat nak update blog! Saya mengucapkan terima kasih pada follower-follower baru! TERIMA KASIH, awak-awak sekalian. Hehee! Walaupun tak menjangkau beribu-ribu follower macam blog Hamis Jalikha, saya bersyukur. Kalau kita usaha, tak mustahil bukan?

        Ok kawan-kawan, membebel panjang-panjang pon takde hasil, kan? Marilah kita menghasilkan lemak di badan dengan melelehkan air liur dengan entry kali ini. Rawrrr!

        * Eh hari dah hujan kain tak angkat baru jer sidai tadi. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa :( *

        Petang-petang macam neh besh kan dapat makan Laksa, Roti pukat Jala, Mee Jawa, Satay. Betul-betul nikmat dunia tau tak? Inilah juadah saya untuk minum petang hari ini. Percaya tak percaya tak? Memang korang tengah kecur air liur lah tuh, jeles lah tuh, nak lah tuh, tak malu lah tuh nak minta orang punya, elehhh.

        Mari kita cuci mata plak ! Saksikaaaaaaaaannlahhhhhhhhhh ;

        Laksa. Next!
        Roti Jala. Next!
        Mee Jawa. And the last one is...
        Satay! Delicious babyyyyyyy!
        Sudah-sudahlah nak kecur air liur ke, nak hentak kepala kat keyboard empat belas kali berturut-turut ke, nak gigit telinga sendiri ke, sudah-sudah. Hentikan semua itu. Janganlah jadi korang jadi mangsa kelaparan dan nafsu serakah saya neh. Dah-dah, pergi baca buku sana.

        Sekian!

        Monday, 25 April 2011

        Adakah ia semakin hampir?

        Assalamualaikum.

        Lame rasanya tak menjenguk blog. Maaf sesangat taw. Baru lepas 5 subjek untuk final exam. Fuhh. Tinggal lagi 2 subjek untuk tamat semester kali ini. Kali neh update bukan nak cerita pasal diri sendiri, tapi cerita pasal perangai umat akhir zaman ini. MasyaAllah, semoga orang ini mendapat hidayah dan pengampunan daripada Allah. 
        Baru tadi saya buka Facebook, sebuah laman sosial yang disajikan dengan pelbagai perkara yang amat dasyat! Mengucap banyak-banyak bila seorang teman post link mengenai sebuah page yang dimiliki oleh seorang hamba Allah yang tidak diketahui apa sebabnya beliau berkata sedemikian. Adakah beliau layak dipanggil "beliau"? 

        Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya aku memohon cahaya dan hidayah dari-Mu.

        Sebagai penegasan untuk entry kali ini, saya tidak berniat untuk menyokong malah untuk perbesarkan hal sebegitu yang banyak dan telah berleluasa pada zaman sekarang. Sekadar untuk renungan dan tauladan kita semua. 

        Lihatlah apa yang cuba dilakukan oleh dia dengan membuat profile picture sebegitu. Ternyata tindakan dia ini mengundang 1001 persoalan di minda dan akal fikiran yang masih waras. 

        Makcik neh dah popular sebab benda-benda yang dipost ini. 
        Bagaimana agaknya mentaliti seorang yang beragama Islam (seperti yang telah dinyatakan oleh dia) sanggup berbuat demikian? Dengan penggunaan nama di awalnya adalah HAJJAH! Dia juga ada post berkenaan dengan agama Islam di page-page yang melindungi agama Islam yang suci ini. Semoga dia mendapat balasan yang setimpal daripada perbuatan terkutuk ini.

        Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datangnya daripada kelemahan manusia itu sendiri.

        Wallahualam...

        Sunday, 17 April 2011

        SADNESS.

        Assalamualaikum.

        NAMPAK CAPS LOCK TAJUK ENTRI KAT ATAS TUH? YES , sangat sedih sebab tak dapat nak update blog seperti selalu. Nak masukkan gambar cenonet pon makan masa selama berbelas minit! Haihh. Hal ini terjadi sebab INTERNET TERSANGAT LEMBAB dengan FINAL EXAM ye kawan-kawan. Takpe, teruskan blog walking ye ? :)

        Ini untuk korang semua sebagai mengubat kerinduan. Hehee! *Perasan sangat*


        Bye :')

        Friday, 15 April 2011

        Grrr!

        Assalamualaikum.

        Short entry for today ;

        Ohh bye!