Wednesday, 15 June 2011

Lagu Baru Alyah Best, kan?

Assalamualaikum.

Muncul kembali! Hehee! Tak mahu membebel panjang cuma nak kongsi lagu baru dengan korang semua. Suke tak suke tak? Ye, ala la la sukenyeeee! Hahaa. Okay, lagu Alyah yang terbaru neh bertajuk Kisah Hati. Kalau kite tengok dari lirik dan muzik die, memang sedih lah kan. Meh dengar lagu neh ;



Enjoy! Night, friends! ^^

Kami SHOOT, Kami Happy!


:')

Thursday, 9 June 2011

Handphone & Perfume.

Assalamualaikum. :)

Hati gelisah dan perasaan berkeceramuk masih di alami. Hidup ini bukan selalunya indah, kan? Haihh. Tuh lah yang saya rasa sekarang neh. Takpe, lumrah hidup. Alaa, tak mahu lah cerita panjang-panjang. Benda sama jer. Takkan ade perubahan. Biarlah mereka bahagia dengan apa yang mereka kecapi sekarang. I'll pray for your happiness :')

Cerita yang mengujakan plak. Hehe :) Result semester lepas dah keluar. Hahaa. Alhamdulillah, masih dalam keadaan yang sungguh memeranjatkan. Tak sangka dapat result macam neh. Tak expect langsung sebab ingat dapat 2pointer and below! Serius! Subjek kuat-kuat dan gagah perkasa kot ==' Apa yang kite usahakan, itulah yang akan kite dapat. So, semester pendek yang tinggal lagi 2 minggu neh akan dipenuhi dengan kuiz, presentation dan akhir sekali FINAL EXAM. Doakan yang terbaik untuk saya! :')


Haa tuh lah dia. Tak semegah budak-budak yang dapat DEKAN di sana ye. Oh YES. Saya tak pandai English sebab tuh MUET dapat Band 2. So sad ==' Result korang macam mane plak? Cer citer cer citer. Malu? Tak usah berperasaan macam tuh :)

Tajuk entry tetibe lari daripada topik kan? Hahaa. Handphone & perfume tuh bukan wishlist saya sebab saya dapat 3pointer and above. Tapi saya berkenan plak dengan perfume neh. Sebab orang ramai kate, bau die cukup menyenangkan. Bagi satu , bley? Hikhikhikhik.


Sekarang saya guna perfume Femme dari HUGO BOSS. Bau die sangat perfect!


Bekas perfume die pon macam comel jer kan? Tapi VERSACE tuh mahal giler kot! ==' Femme HUGO BOSS dalam keadaan yang mampu untuk dapatkannya. Kedai perfume mana ek yang harga berpatutan, harga dapat tawar, minyak wangi lebih? Dah macam nak beli jajan kat pasar malam plak. Baiklahhhhh -.-'

Kendian, kita cerita plak pasal hp. Amboi, macam boleh dapat jer kan kalau cerita kat sini? Ambooi. Hahaa. Sekarang neh saya guna Nokia E72 Gold. Tapi saya nak sangat pakai Blackberry Torch. Nuffnang boleh kasi tak? =='


Sekian sahaja siaran langsung dari studio. Ohh please please please jatuh dari langit permintaan-permintaan neh :D Hehee! Bye!

Friday, 3 June 2011

Home-made Keychain.

Assalamualaikum.

MasyaAllah! Lama giler tak update blog! Just singgah dan sergah blog kawan-kawan jer. Adoi. Masalah masalah! Internet memang masalah utama. Kan besh kalau kat mana-mana, di mana jua boleh update blog. Ade cerita, update! Ade story, update! Dengan sepantas kilat, update! Hehee!

So, ape cerita terbaru eh?

Cer citerr cer citerr cer citerr.


Tengok ini, kawan-kawan!


Saya tempah untuk kawan-kawan saya! :D

 Along - Saya <3
Angah - Marwan <3
Achik - Raihana <3
Adik - Fiqa <3

Comel kan? Alhamdulillah, beliau-beliau di atas suke dengan pemberian saya neh. Ade maksud yang tersirat di sebalik nombor dan panggilan tuh. Nombor 4 tuh membawa maksud FOR atau untuk mereka. Nombor 4 tuh jugak saya pilih sebab KAMI 4 ORANG memang dah rapat macam adik-beradik. Apa-apa hal, sama-sama. :') Then, gelaran tuh sebenarnya untuk pangkat. Senang cerita, bulan berapa kitorang lahir. Maknanya saya paling tua tapi PALING COMEL ye. Hahaa. Jadi, panggilan saya ialah KakLong ye. Marwan plak dapat gelaran AbgNgah dan dia seorang jer lelaki dalam "Adik-Beradik" neh. Raihana plak sebagai KakChik means nombor 3 dalam hierakri neh. Last sekali, Adik untuk Fiqa. Fiqa neh lahir lambat dan agak pending ditambah plak dengan kekecilan tapi sebenarnya berisi dengan KETINGGIAN yang kurang tinggi. So, dia memang sesuai dipanggil dengan gelaran tersebut. Kah kah kah! 

Then, saya tempah jugak untuk Encik Ini.

Ini untuk Encik Sayang! :D
Memang berbaloi-baloi lah tempah home-made keychain neh. Penjual die pon okay, baik, comel, dan yang paling bagus sekali die tolong kite design, ape yang boleh, ape yang sesuai, ape yang comel. So, die akan buat seperti yang telah dibincangkan! Thanks sayangku :)

Lain kali saya update blog lagi. Kite rehat dulu bersama 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Hehehehehehehehehe!




Sunday, 15 May 2011

Semua nak cerita!

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu!

Hari ini adalah hari bercuti dan berehat padahal hari-hari lain juga merupakan hari rehat jadi marilah melakukan apa-apa aktiviti yang sihat dan cergas yeahh :P Seperti biasa, cerita semalam update hari ini. Korang tengok tak CEREKARAMA SEJADAH KAABAH semalam? Drama mengisahkan kesusahan hidup masyarakat Melayu yang mencari rezeki dengan menjual nasi lemak dan mengambil upah menjahit. Sedih weyhh cerita neh! Serius rasa ter-insaf sekejap semalam -_- 

Yang paling tertarik bila menonton drama ini adalah kesungguhan anak-anaknya menolong ibunya mencari duit dan ada muka pelakon-pelakon baru. Serius comel watak utama dia!

Antara babak dalam drama ; Google

Serius macam TIZ ZAQYAH!
Tengok tengok! Betapa teruja tengok muka EYKA FARHANA neh! Sebijik macam Tiz Zaqyah! Ke tak sama? Ehh sama kot! Sila setuju macam saya!

Slot Nur Kasih ; Pakcik Hang
 
Alahai comelnye tapi CEKCI CANGAT!
Pendapat korang?

Wednesday, 11 May 2011

Nak cerita sikit.

Assalamualaikum.

Sekali post, sampai dua entry. Selagi ada cerita yang hendak dikongsi, selagi tuh blog ini tak lekang dek panas tak lapuk di hujan. Kihkih. Setiap entry yang ditaip untuk bahan bacaan korang semua ada pelbagai rasa dalam sanubari. So, cerita kali ini adalah pasal BLACKOUT. 



Bila BLACKOUT, aktiviti yang akan dilakukan penghuni asrama ialah ;

  • semua akan keluar meninjau keadaan dan harap dapat tolong apa yang patut
  • ada yang jerit ada yang hairan ada yang buat bodoh
  • semua penghuni cemas!
  • semua tertanya-tanya sebab terjadinya blackout dan buat research kejap
  • berharap ada hero/heroin yang datang menyelamatkan keadaan
Satu peristiwa yang tidak mahu terlintas dalam kepala penghuni asrama adalah keadaan ini. "Susah ah nak online macam neh, aku lupa nak charge battery laptop, handphone pon mati, acaaneee neh? Tidur jer lah kalu camni! Grr!"

Itu antara dialog yang kerap kali kita dengar apabila BLACKOUT. Bila duduk kat asrama macam neh, kita mestilah mempunyai niat yang suci lagi murni nak menolong apa yang patut untuk menenangkan keadaan yang huru-hara neh. BLACKOUT neh terjadi apabila terdapat sesetengah penghuni asrama yang menggunakan periuk untuk memasak dan sebagainya. Haa, siapa itu? Apa pon tak boleh bila duduk asrama. Penggunaan elektrik dihadkan untuk kebaikan bersama. Ceyhh. 

Apabila keadaan berlarutan selama beberapa minit, seorang HEROIN telah datang menyelamatkan kepanasan yang teramat sangat. Beliau periksa, beliau meninjau keadaan, beliau bertanya tentang keadaan, beliau membuat research dan akhirnya beliau menemui jalan penyelesaian! Terima kasih, my HEROIN! Jasamu dikenang! 

Persoalan sekarang :
  1. Siapakah penghuni asrama yang telah menggunakan periuk lantas menyebabkan lebihan penggunaan elektrik? 
  2. Siapakah HEROIN yang datang menyelamatkan keadaan?

SuperHeroin Rabbit!
p/s : penghuni yang memasak dan heroin adalah ORANG YANG SAMA! Hahaa. 

Edward Cullen / Robert Pattinson yang sangat HEMSEM.

Assalamualaikum.

Teruja tak nak baca cerita pasal HERO TWILIGHT pada entry kali ini? Hahaa. Beliau memang tak dapat dinafikan sangat HEMSEM cantik menarik kau memang da boom LAGI GAGAH dan PERKASA. Dijadikan kenangan, kami (saya, raihana, qilla) telah bersetuju dan memberi kata sepakat mahu menonton movie di Mid Valley Megamall pada ahad lepas cerita ahad lepas baru nak cerita hari neh ke? So, kami telah menonton cerita Water For Elephant dan telah berpuas hati dengan lakon layar Robert Pattinson  of course sebab die kacak!



Kalau nak tahu lebih terlebih, tengok trailer neh ; 


Korang boleh tinjau ini untuk pembacaan lebih lanjut. Enjoy!