Wednesday 27 April 2011

Juadah HARI INI.

Assalamualaikum.

Wah, saya bersemangat! Saya bersemangat nak update blog! Saya mengucapkan terima kasih pada follower-follower baru! TERIMA KASIH, awak-awak sekalian. Hehee! Walaupun tak menjangkau beribu-ribu follower macam blog Hamis Jalikha, saya bersyukur. Kalau kita usaha, tak mustahil bukan?

Ok kawan-kawan, membebel panjang-panjang pon takde hasil, kan? Marilah kita menghasilkan lemak di badan dengan melelehkan air liur dengan entry kali ini. Rawrrr!

* Eh hari dah hujan kain tak angkat baru jer sidai tadi. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa :( *

Petang-petang macam neh besh kan dapat makan Laksa, Roti pukat Jala, Mee Jawa, Satay. Betul-betul nikmat dunia tau tak? Inilah juadah saya untuk minum petang hari ini. Percaya tak percaya tak? Memang korang tengah kecur air liur lah tuh, jeles lah tuh, nak lah tuh, tak malu lah tuh nak minta orang punya, elehhh.

Mari kita cuci mata plak ! Saksikaaaaaaaaannlahhhhhhhhhh ;

Laksa. Next!
Roti Jala. Next!
Mee Jawa. And the last one is...
Satay! Delicious babyyyyyyy!
Sudah-sudahlah nak kecur air liur ke, nak hentak kepala kat keyboard empat belas kali berturut-turut ke, nak gigit telinga sendiri ke, sudah-sudah. Hentikan semua itu. Janganlah jadi korang jadi mangsa kelaparan dan nafsu serakah saya neh. Dah-dah, pergi baca buku sana.

Sekian!

Monday 25 April 2011

Adakah ia semakin hampir?

Assalamualaikum.

Lame rasanya tak menjenguk blog. Maaf sesangat taw. Baru lepas 5 subjek untuk final exam. Fuhh. Tinggal lagi 2 subjek untuk tamat semester kali ini. Kali neh update bukan nak cerita pasal diri sendiri, tapi cerita pasal perangai umat akhir zaman ini. MasyaAllah, semoga orang ini mendapat hidayah dan pengampunan daripada Allah. 
Baru tadi saya buka Facebook, sebuah laman sosial yang disajikan dengan pelbagai perkara yang amat dasyat! Mengucap banyak-banyak bila seorang teman post link mengenai sebuah page yang dimiliki oleh seorang hamba Allah yang tidak diketahui apa sebabnya beliau berkata sedemikian. Adakah beliau layak dipanggil "beliau"? 

Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya aku memohon cahaya dan hidayah dari-Mu.

Sebagai penegasan untuk entry kali ini, saya tidak berniat untuk menyokong malah untuk perbesarkan hal sebegitu yang banyak dan telah berleluasa pada zaman sekarang. Sekadar untuk renungan dan tauladan kita semua. 

Lihatlah apa yang cuba dilakukan oleh dia dengan membuat profile picture sebegitu. Ternyata tindakan dia ini mengundang 1001 persoalan di minda dan akal fikiran yang masih waras. 

Makcik neh dah popular sebab benda-benda yang dipost ini. 
Bagaimana agaknya mentaliti seorang yang beragama Islam (seperti yang telah dinyatakan oleh dia) sanggup berbuat demikian? Dengan penggunaan nama di awalnya adalah HAJJAH! Dia juga ada post berkenaan dengan agama Islam di page-page yang melindungi agama Islam yang suci ini. Semoga dia mendapat balasan yang setimpal daripada perbuatan terkutuk ini.

Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datangnya daripada kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahualam...

Sunday 17 April 2011

SADNESS.

Assalamualaikum.

NAMPAK CAPS LOCK TAJUK ENTRI KAT ATAS TUH? YES , sangat sedih sebab tak dapat nak update blog seperti selalu. Nak masukkan gambar cenonet pon makan masa selama berbelas minit! Haihh. Hal ini terjadi sebab INTERNET TERSANGAT LEMBAB dengan FINAL EXAM ye kawan-kawan. Takpe, teruskan blog walking ye ? :)

Ini untuk korang semua sebagai mengubat kerinduan. Hehee! *Perasan sangat*


Bye :')

Friday 15 April 2011

Grrr!

Assalamualaikum.

Short entry for today ;

Ohh bye!

Monday 11 April 2011

Drifter.

Assalamualaikum.
Kalau saya buat macam neh, korang percaya tak? Hehee!
Kali neh nak update blog pasal drifter. Orang Melayu cakap lumba haram, ehh ? Pelumba kereta. Nak dipendekkan cerita, hari neh saya balik rumah.
*Ehh koo neh hari-hari balik rumah. Iskkk* < Ayat DENGKI. Hahahaa!

Pada waktu kemuncak iaitu jam 1 petang, saya bertolak dari UKM dan sampai di Kelana Jaya pada jam 1.35 petang. Hebat bukan? Kebiasaannya waktu-waktu macam neh jangan nak bermimpi sampai rumah dalam masa 35minit sahaja. Macam tak percaya boleh sampai rumah sesingkat ini! Ahaks! Dengan berbekalkan kelajuan 120 km/j, saya memecut ke Kelana Jaya dengan rakusnya! *Lain macam jer penggunaan ayat kat situ :S

Nak dipendekkan lagi cerita mengenai drifter ini, ada lah seorang manusia ini yang memakai kereta jenama Honda main cucuk-cucuk plak dia. Memang hangin macam neh. Awak ingat awak pakai kereta jenama Honda awak boleh lakukan saya sedemikian rupalah? Haaaa ?? Takpe, steady jer. Kita main-main lah break, pastuh laju balik, tekan-tekan break, pastuh laju balik, pastuh slow and steady, then pecuuuuuuuuuuuuuuuuuuutt terus masuk lorong tengah! Bukan main sombong pemilik kereta Honda tersebut.
Beginilah rupa paras kereta milik beliau. Comel, kan?

Saya mengalah. Saya perhatikan pemilik kereta Honda tuh berlalu pergi. Ala, dia pergi tak jauh pon. Kereta tengah banyak kot waktu-waktu macam neh. Kan ? *Siapa setuju angkat tangan macammm temaaannn*

Saya bawa kereta jenama

jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Saturday 9 April 2011

Friends, this is for you.

Assalamualaikum.


We reserve the right to choose who is our friends in the relations of friendship. Friends that regardless of gender, age, race and religion. As long as it is called "friends", it remains a "best friends" to us. In friendship, one should rebuke a wrong one, and another friend, he/she must improve in order not to repeat her mistakes in the future. 

Do not close the great advances of this? I have friends. Yups, I am friends with people outside the country and he lived in Malaysia to continue his education. He is good and friendly. And I know he is in the Tagged, a social networking site. Although I do not know him fully, I am thankful to be friends with him. And yes, he was concerned about his friends. Look at this picture, it looks great!  

Hehee!
Thanks for this friendship, Abdul Baki!  

Fyi, I really like making friends with different types of people and to see their range.
Women in Malaysia easily impressed by a man from others country? Hmm, there may be correctly as well. *Haha. Just look at the world today. Most people in Malaysia like to pair with people outside the country. May cause a lot of money? Probably because of the height? Or may be because of the extremely romantic nature? Possible reason to care? Probably because of Malaysia has no such feature? Many questions that may arise from our minds, right? 


So, friends, and we should certainly be encouraged to choose friends wisely. Do not be mistaken measures and finally brought himself to the valley of the undesirable.
So, said thanks to friends for everything! I <3 you!

p/s: I'm sorry for my English and I'm still learning. :)

Cik Nisa Salle, be POSITIVE.

Friday 8 April 2011

Belon? Balloon?

Assalamualaikum.

Ini adalah belon. This is balloon. Nampak tak? Can you see this balloon?
Ini belon yang belum ditiup.
Apa kaitan belon dengan tajuk ini? Apa kaitan belon dengan kehidupan seharian? Apa semua ini? Marilah kita renung-renungkan dan berfikir sejenak tentang belon yang menjadi persoalan dalam entry kali ini. Belon merupakan sejenis permainan yang amat diminati kanak-kanak mahupun dewasa. Kalau kanak-kanak, of course kita boleh main tiup-tiup kemudian biarkan ia berterbang. Takpun, kita letak belon neh sebagai perhiasan masa birthday party ke. Ye ke tidak? Bagi dewasa plak, kita gunakan belon untuk dajal orang macam bubuh air dalam belon lepas tuh baling kat badan dan muka orang sampai nangis. Ye ke tidak? Tapi apa yang cuba saya ketengahkan dalam isu belon ini? Jeng jeng jeng.

Seperti yang anda dapat lihat dan rasai dalam kehidupan seharian adalah sama dengan situasi Encik/Cik Belon diatas. Dulu beliau seorang yang kurus dan ramping semasa beliau masih menuntut di peringkat rendah lagi. Apabila beliau semakin dewasa dan telah datang haid serta gatal untuk berpasangan dan menanam impian untuk berkahwin, maka beliau menjadi seperti ini:
Wah, di ruang udara!
Haa. Inilah yang cuba saya sampaikan! Huahua. Dulu kurus ramping, sekarang besar tembam. Adakah fenomena ini salah ye kawan-kawan? Adakah kita sebagai hamba Allah perlu mencaci dan mencerca mereka yang mempunyai badan atau rangka yang besar? * TAK PERLU, Cik Nisa Salle.
Ye, kalau macam tuh jawapannye, baguslah. Janganlah kita menghina ciptaan Allah. Masing-masing mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Mungkin awak belajar di swasta, saya belajar di IPTA sahaja, tapi awak janganlah merendah-rendahkan saya dan golongan orang berbadan besar macam saya.

Saya juga punya hati dan perasaan yee, Cik-Yang-Dihormati.

Sungguh kreatif dapat buat belon jadi bentuk ikan. Amazing!

Best jugak kalau dapat naik belon panas neh. Tapi mampukah belon ini menampung berat badanku?

Sentiasa menjadi persoalan. Hmm.

Sekian sahaja update untuk kali ini!

Focus On The Moment.

Credit Picture from TUMBLR.












Assalamualaikum.

Why so serious on this topic? Bhahahahaa! Topik yang serius dalam mood yang habis serius neh. Sebenarnya, saya tengah fokus mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan sudah menghampiri. Lagi beberapa hari, jam, minit dan saat jer neh! Takutnye! Serius lah memang takut sungguh neh. Pejam celik pejam celik dah empat semester kat kampus tercinta neh. Dan masih tak percaya boleh belajar kat sini. Alhamdulillah :)

Syukur sangat-sangat dapat sambung pelajaran kat Universiti Kebangsaan Malaysia. Whoaa!  Percaya tak percaya tak? Hahaa. Ok2, serius balik yee. Subjek-subjek yang diambil untuk semester 4 ini ialah:
  • Statistik Dan Analisis Data 
  • Keusahawanan Komunikasi Maklumat
  • Pengaturcaraan Web
  • Pengantar Pendidikan Bersepadu
  • Perancangan Media
  • Pengajian Multimedia
  • Komers Dan Kerajaan Elektronik 
Banyak gilerrr tau tak? Arghh! 7 subjek kena fokus habis-habisan! Yelaa, semester kedua terakhir dan lepas neh tinggal satu semester untuk menggila dan semester yang paling dinantikan ialah semester untk praktikal! Macam mane agaknye nanti lepas dah habis belajar ek? Kahwinkah? Hikhikhik.

So, saya ucapkan pada siapa-siapa yang tengah final exam, nak final exam dan yang tengah tunggu dan menghitung hari untuk final exam, do the best, okay?

Picture from Mr Google


Pheuww!

Assalamualaikum.

Pheuw! Tau maksudnya? Macam penat, mengeluh macam tuh lah. Hikhik. Yes yes yes and yes! Sangat penat hari neh. Aktiviti yang dilakukan adalah makan-makan sambil mengusap lemak yang sedia ada dan berhibur sambil melalak. AWESOME. Aktiviti ini disertai teman-teman yang terapat dan penghuni yang masih duduk di hostel ketika study week. Ohh exam semakin hampir! Boleh plak kami sekalian warga kampus bersuka ria yee? Thanks million-million lemon pada yang terlibat. Memang berbaloi-baloi aktiviti kita pada hari semalam, dengan buku-buku teks kemana arah tujuan, isk isk isk.

* Jangan klik pada tumbesaran jika lemah jantung *

Ini terjadi apabila menunggu kawan-kawan yang lama bersiap


Inilah kawan-kawan beliau.


Ini memang terbaik yee, kawan-kawan?

Kita dapat lihat kesungguhan beliau.


Sekian sahaja update untuk kali ini. Hehee!
 



Thursday 7 April 2011

Putus Asa.

Assalamualaikum.


Memang tak disangka benda neh boleh berlaku. Lepas jer satu entry, terus tak boleh nak menulis entry yang lain. Haha. Tak tau lah kenapa. Encik GOOGLE kata blog neh SPAM. Iskk. Kasihanilah saya. Baru semangat nak menulis blog balik. Tskkk tskkk. Tunggu banyak kali kot semalam. Refresh, refresh, dan REFRESH. Tetap TAK BOLEH! Geram tau macam neh! Last-last, terus off jer senang. So, saya menunggu tibanya hari neh. 

Thank you very much, Mr Google!

Entri Pertama / First Entry.

Hari ini adalah hari pertama saya mula berblog. Blog ini adalah bukan blog pertama saya tetapi merupakan blog kedua saya dalam mencari erti sebenar berblog. Saya menggunakan dua bahasa dalam berblog ini iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris. Saya menggunakan bahasa Inggeris untuk memahirkan diri saya dalam penulisan blog. Blog merupakan salah satu cara untuk menceritakan pengalaman dan perkara yang terjadi dalam kehidupan. Dan mungkin saya gunakan blog sebagai tujuan ilmiah. Sebagai permulaan, ini adalah entri pertama saya untuk pembaca blog sekalian.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Today is the first day I started blogging. This blog is not my first blog but it is my second blog in the search for the true meaning of blogging. I use two languages ​​in this blog. One is Malay and English too. I use English for my master in this writing. Blog is one way to describe the experience and the things that happen in life. I use this blog for a bit scientific, maybe? Initially, this is my first entry to all readers.