Thursday 5 May 2011

Ayam Masak Merah.

Assalamualaikum.

Hari neh hari rajin meng-update blog. Bagi blog nampak berseri-seri dan korang-korang rajin menyinggah dan men-nuffnang saya. Hehee. Hari neh mak tak berapa nak sihat, tak berapa nak ade mood, tak berapa nak menyeri, tak berapa nak sedap cadangan lauk untuk makan tengah hari hari neh yee. Saya dengan penuh kerajinan dan menampakkan ciri-ciri anak mithali *ok sila muntah sekarang* akan mempersembahkan hidangan lauk saya yang tak seberapa ini. Ada seorang blogger telah berkata,"Singgah blog kamu pasti akan kenyang." Ok, saya mengaku T_T

Mari tahu apakah bahan-bahannya :

#ayam
#kunyit
#garam

Bahan-bahan kisar:

#bawang putih
#bawang merah
#serai
#halia

Bahan hiasan:

#daun sup


Cara-cara memasak AYAM MASAK MERAH:
  • Gaulkan ayam yang telah dipotong dan dibasuh dengan bersih dengan garam & kunyit. Gaul rata-rata supaya terasa keenakkannya pada masa hadapan. 
  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Masukkan ayam yang telah digaul dengan garam & kunyit tadi ke dalam minyak yang telah panas. Pastikan ayam tenggelam dalam minyak supaya ayam yang digoreng tadi masak secukupnya.
  • Goreng sehingga masak sepenuhnya dan tidak terlalu garing.

 Sementara menunggu ayam yang sedang masak dan menari-nari dalam kuali:

  •  Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng bahan kisar tadi.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan goreng sehingga naik bau atau nampak emas kekuningan *jangan sampai terhangit plak*
  • Selepas itu, masukkan cili blend yang di-blend sendiri ke dalam kuali tadi. Gaul bersama-sama dengan bahan kisar yang telah kekuningan. Biarkan selama beberapa ketika sehingga rata dan naik bau. 

     
    •  Ayam yang dimasak tadi pasti sudah boleh diangkat! *tetiba*
    • Bila dah cukup marvelous, masukkan sos cili dari apa-apa jenama, PASTI ENAK! Masukkan sos cili secukupnya mengikut kehendak pengguna.
    • Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.
    • Gaul dan ratakan sehingga sebati.
     
       
      • Masukkan ayam yang telah siap digoreng ke dalam sambalnya dan gaul sehingga rata.
      • Biarkan seketika selama beberapa minit untuk sambal menyerap ke dalam ayam dengan kuasa api yang perlahan.
       


        Okay! Sudah siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih yang masih hangat! Ayam masak merah tersebut boleh dihias dengan daun sup untuk rasa yang authentic! Hahaa.

        "Biar apa sekalipun perasaan yang kita alami, jangan biarkan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat tergendala begitu sahaja."

        Selamat mencuba! :D

        No comments: