Wednesday 4 May 2011

Blog Baru, Cerita Baru.

Assalamualaikum.

Bersawang sudah blog saya neh. Hehee. Maaf ye kawan-kawan. Cerita tersangat banyak nak di-update. Tapi memandangkan INTERNET tidak memenuhi keperluan dan kehendak buat masa kini, saya tangguhkanlah dulu cerita-cerita yang lama ataupun tak cerita langsung. Ehh ehh melampau!

Ohh gembiranyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

Okay, dimulakan dengan kegembiraan pertama!
  • FINAL EXAM SUDAH HABIS! Haruslah nak caps lock bagai macam kannn. Hehee! Alhamdulillah, syukur sangat-sangat semester keempat neh sudah berlalu. Tapi cuak jugak dan berdebar menunggu keputusan final exam neh. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita lahh yee. Harap apa yang bakal diperolehi sepadan dengan usaha dan tawakal yang telah dilakukan.

Diselitkan dengan kesedihan dalam 'kegembiraan'!
  • SEMESTER PENDEK SUDAH BERMULA! Adoooi! Cuti empat bulan yang telah diberikan oleh pihak yang berkenaan adalah sangat berbaloi yee. Kalau kerja dalam tempoh masa neh, masyuukkk! Tapi apakan daya, semester pendek dua bulan dan cuti dua bulan. "Alaaa, dua bulan jer pooonn" Yee, DUA BULAN JERR PONN. So, mari belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan A dalam kedua-dua subjek! Semangat!
Faham apa yang cuba disampaikan? LOL.


Disudahi dengan PENGUMUMAN.
ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA TELAH MEMBUKA AKAUN BLOG YANG BARU. BLOG INI ADALAH BERTUJUAN PENDIDIKAN DAN KHAS UNTUK SUBJEK YANG TELAH DIAMBIL UNTUK SEMESTER PENDEK KALI INI. TUJUAN BLOG INI DITUBUHKAN ADALAH UNTUK MENGARANG, MENCIPTA, MEMBAWA SERIBU ILHAM DAN SEBAGAINYA. BLOG BARU NEH MACAM KANAK-KANAK BARU BELAJAR BERBLOG =.=' *ahh sudah merapu meraban ye baiklah saya akan berhenti bersikap annoying T_T*


Okay, sekian. Bye! *Saya perlukan percutian. Ade siapa-siapa nak taja tak? Huahua*

No comments: