Wednesday 11 May 2011

Nak cerita sikit.

Assalamualaikum.

Sekali post, sampai dua entry. Selagi ada cerita yang hendak dikongsi, selagi tuh blog ini tak lekang dek panas tak lapuk di hujan. Kihkih. Setiap entry yang ditaip untuk bahan bacaan korang semua ada pelbagai rasa dalam sanubari. So, cerita kali ini adalah pasal BLACKOUT. 



Bila BLACKOUT, aktiviti yang akan dilakukan penghuni asrama ialah ;

  • semua akan keluar meninjau keadaan dan harap dapat tolong apa yang patut
  • ada yang jerit ada yang hairan ada yang buat bodoh
  • semua penghuni cemas!
  • semua tertanya-tanya sebab terjadinya blackout dan buat research kejap
  • berharap ada hero/heroin yang datang menyelamatkan keadaan
Satu peristiwa yang tidak mahu terlintas dalam kepala penghuni asrama adalah keadaan ini. "Susah ah nak online macam neh, aku lupa nak charge battery laptop, handphone pon mati, acaaneee neh? Tidur jer lah kalu camni! Grr!"

Itu antara dialog yang kerap kali kita dengar apabila BLACKOUT. Bila duduk kat asrama macam neh, kita mestilah mempunyai niat yang suci lagi murni nak menolong apa yang patut untuk menenangkan keadaan yang huru-hara neh. BLACKOUT neh terjadi apabila terdapat sesetengah penghuni asrama yang menggunakan periuk untuk memasak dan sebagainya. Haa, siapa itu? Apa pon tak boleh bila duduk asrama. Penggunaan elektrik dihadkan untuk kebaikan bersama. Ceyhh. 

Apabila keadaan berlarutan selama beberapa minit, seorang HEROIN telah datang menyelamatkan kepanasan yang teramat sangat. Beliau periksa, beliau meninjau keadaan, beliau bertanya tentang keadaan, beliau membuat research dan akhirnya beliau menemui jalan penyelesaian! Terima kasih, my HEROIN! Jasamu dikenang! 

Persoalan sekarang :
  1. Siapakah penghuni asrama yang telah menggunakan periuk lantas menyebabkan lebihan penggunaan elektrik? 
  2. Siapakah HEROIN yang datang menyelamatkan keadaan?

SuperHeroin Rabbit!
p/s : penghuni yang memasak dan heroin adalah ORANG YANG SAMA! Hahaa. 

2 comments:

Anonymous said...

~ sye taw siapakah gerangan org yg sama itu..... kahkahkah ~

Nisa Salle's said...

@mr/mrs anony diam-diam sudah ;p